Posts

Mengalah ?

Aku tahu ,mengalah ni sesuatu yang susah . Even aku sendiri pun susab nak mengalah kalau orang buat aku . Tapi aku selalu ingat , Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan mengalah kerana kebaikan . So ,caranya .. Biaala sesuatu jadi kat kita ,sabar . And sabar tu macam mana pulak ? Sabar nie ,kalau orang ada buat sesuatu tak baik kat kita ,kita jangan balas apa² kat orang tu .. Sebaliknya kena buat apa ? Kita senyap dan ucaplah Alhamdulillah, supaya setiap apa yang berlaku kat kita ,semuanya kita serahkan kembali kepada Dia . Sbb ?  dengan kita serahkan semua urusan kita kepadaNya ,insyaAllah hati kita akan kembali tenang dan sentiasa tenang . And one more thing , Kita juga kena selalu ingat .. Walaupun ada orang buat benda tak elok kat kita cth : mengata or else , kita tak boleh balas dan jangan balas balik ,sebaliknya ucapan Alhamdulillah adalah lebih baik , Kenapa kita tak perlu balas ? Sebab Allahlah sebaik-baik Pembalas , and not us .

Dia Sebaik-baik Penolong

Image
Hati kita ni mudah sangat sakit .. Namun sakit tu bukan sebab apa .. Sakit tu sebab kita melebihkan cinta manusia berbanding cinta kita kepada Allah .. Wahai insan yang sedang bangkit daripada lena yang panjang ..andai kita jatuh ,bangunlah ..jatuh lagi? bangun lagi ..bangunlah dan jangan pernah kita putus asa untuk terus bangkit ..kerana Tuhan tak pernah putus asa untuk membantu .. Ingatlah andai kita ingin bangkit ,bangkitlah kita kerana Allah ..dengan itu bangkit itu adalah berpanjangan .. Ketahuilah kita bahawa bangkit yang sementara adalah bangkit kerana manusia .. Sebaik-baik penolong adalah Allah .. Oleh itu berbaliklah semula segalanya kepada Dia ..justeru ,kita akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki ..😉

Cinta Manusia

Image
Hye and assalamualaikum .. Usah ditanya khabarku kerana aku di sini hanya baik-baik sahaja .. Tidak perlu kau sibukkan diri itu untuk mengetahui perkara yang tiada faedahnya untuk dirimu ..kerana cinta manusia itu sudah pasti melalaikan .. sehingga suatu saat nanti kau bakal dikecewakan oleh yang tidak berperikemanusiaan itu .. Ya, benar bahawa cinta manusia itu kadang bisa membawa kau kepada-Nya namun kau juga perlu tahu ,cinta itu juga bisa menjauhkan dikau dari-Nya .. Ketahuilah wahai diri ,saat dirimu dibelenggu cinta manusia itu kau pasti jauh meninggalkan apa sebenarnya tujuan Sang Dia menghidupkanmu .. Justeru ,ingatlah wahai yang membaca tinta ini ,aku bukan tidak mengizinkan kau mencintai manusia kerana cinta itu sudah ku tahu adalah fitrah ..namun kau akan sentiasa selamat juga tenang andai dikau meletakkan cinta pada yang selayaknya itu melebihi segalanya ..Ya ,pastinya cinta itu adalah cinta Yang Maha Esa ..